Jumaat, 16 Januari 2009

Mengantuk? Bagaimana hendak hilangkan rasa mengantuk? Persoalan ini sering dibincangkan oleh kawan-kawan sewaktu di universiti dahulu. Tujuannya adalah untuk stay-up, terutamanya apabila minggu peperiksaan menjelang tiba.

Bagi saya tiada cara yang paling sesuai untuk menghilangkan mengantuk kecuali tidur. Walaupun dengan meminum minuman seperti kopi, ia masih kurang sesuai kerana mungkin rasa mengantuk akan hilang tetapi belum tentu apa yang kita pelajari akan masuk ke dalam otak.

Stay up adalah satu cara yang dilakukan oleh ramai pelajar untuk belajar tanpa ganggu. Cuma ada diantaranya silap langkah dengan tidak tidur dahulu dan terus belajar. Biasa masa sebelum belajar digunakan untuk bersembang dengan rakan-rakan. Bila larut malam barulah mula bersiap untuk belajar. Bila badan sudah penat, baru hendak mula belajar. Untuk apa? Masuk ke? Dah penat baik tidur sahajalah.

Tetapi ada yang cuba bertahan dengan meminum kopi dan sebagainya. Dan ada yang berjaya berlajar sampai ke Subuh tetapi, masalahnya lepas Subuh terus tidur dan sepanjang minggu peperiksaan jadilah dia “kelawar”. Siang mengantuk malam berjaga

Cara yang sebaiknya adalah tidur dahulu selepas solah Isyak dan kemudian barulah bagun dan belajar, Insyaallah cara ini lebih baik kerana selepas tidur kita akan mempunyai tenaga baru yang akan digunakan untuk belajar. Belajar juga memerlukan tenaga

3 ulasan:

  1. tapi byk byk care rasenye tidur lepas isya' is the best kot...

    BalasPadam
  2. Yep,tidur yg berkualiti sgt penting dalam hidup,tapi jangan over the limit lak :)

    BalasPadam
  3. Wktu BlueHope masih study dulu mmg senang2 nak stayup. BlueHope tido jap lpas solat isyak. Bila suasana dh snyap BlueHope bngun n minum susu panas dulu. Pastu mula bukak buku n study smpai pkul 3.00 - 4.00 pagi. Tpi bila dh abis study, kalo dh tido lepas solat isyak tu smpai pagi bdengkur. Jam 8.00 malam pn bila nak bukak buku utk baca, dh menguap2 sakan...meriah sgt2 menguap tu. Last2 tutup buku, tarik selimut n hanyut terus.

    BalasPadam