Sabtu, 23 Mei 2009

Gadis 17 tahun jadi doktor


Gadis 17 tahun jadi doktor


DR. RIANA

--------------------------------------------------------------------------------



YOGYAKARTA - Seorang remaja kelahiran Banda Aceh, Riana Helmi menjadi doktor pada usia 17 tahun 11 bulan, lapor sebuah akhbar semalam.

Dr. Riana yang bertubuh kecil berjaya menamatkan pengajian selama tiga tahun enam bulan dengan memperoleh purata nilai gred kumulatif 3.67.

"Ya, Alhamdulillah, saya menjadi siswazah perubatan termuda," kata gadis itu di Universiti Gadjah Mada, di sini.

Dr. Riana lahir di Banda Aceh, Nanggroe, Aceh Darussalam pada 22 Mac 1991 dan dia mendaftar memasuki fakulti perubatan universiti itu pada September 2005 menerusi saluran bakat istimewa.

Ketika itu, dia berumur 14 tahun.

Gadis itu tidak menyembunyikan kesukarannya ketika menyiapkan tugasan ketika belajar bersama pelajar yang lebih tua daripadanya.

"Kesulitan kerana tugas yang banyak tetapi syukurlah semua itu dapat saya atasi," katanya yang belajar mengenai kanser payu dara.

Dr. Riana bercita-cita untuk melanjutkan pengajiannya dengan menjadi doktor pakar.

Sejak kecil, dia dikenali kerana memiliki kecerdasan yang istimewa ketika belajar di sekolah menengah di Sukabumi, Jawa Barat dengan melompat kelas.

Dia akan menjadi doktor perubatan sepenuh masa selepas dua tahun menjalani latihan.

"Saya sama seperti pelajar-pelajar lain yang tidak menumpukan sepenuh masa hanya dengan belajar," katanya. - Agensi

Rabu, 29 April 2009

Keberkesanan iMindMap


Keberkesanan iMindMap

Oleh SUBASHINI RAJANDRA
subashini.rajandra@kosmo.com.my



HASIL peta minda yang diilhamkan oleh Patrick Wong.

--------------------------------------------------------------------------------



CHRIS TIEW menunjukkan sebahagian daripada buku-buku mengenai iMindMap.

--------------------------------------------------------------------------------



JIKA anda seorang pelajar atau graduan di universiti, pasti anda berhadapan dengan masalah menyalin nota yang bertimbun-timbun. Ramai dalam kalangan kita suka menulis nota ringkas apabila guru atau pensyarah menulis di papan hitam atau putih. Sebenarnya, teknik konvensional itu tidak banyak membantu pelajar.

"Bagaimana pula dengan peta minda? Jangan keliru antara peta minda dengan peta konsep atau idea," ujar Tam Lye Suan, Pengarah Buzan Malaysia ketika ditemui Kosmo! di Petaling Jaya. Katanya, ramai pelajar termasuk tenaga pengajar dan korporat gagal memanfaatkan keunikan teknik peta minda.

Bagi membantu menguatkan daya ingatan, tanpa mengira umur dan latar belakang kerjaya, peta minda adalah unit pembelajaran dan pengajaran yang efisien dan mantap.

iMindMap atau juga dikenali sebagai mind mapping dalam bahasa Inggeris adalah sebuah perisian yang diperkenalkan oleh Tony Buzan. Membawa dunia pemikiran seseorang ke tahap yang lebih tinggi, iMindMap mengoptimumkan potensi pemikiran dalam segala aspek kehidupan.

Bersifat peribadi, mesra dan fleksibel, perisian itu mudah digunakan di mana juga dan dalam tempoh masa singkat. "Seseorang itu boleh mencapai kejayaan dengan hanya menggunakan 10 peratus daripada daya kognitif otak. Dengan mempraktikkan peta minda, anda boleh membongkar 90 peratus lagi tahap kebijaksanaan yang tidak pernah digunakan," kata Tony Buzan.

Pengarah Urusan Buzan Malaysia, Chris Tiew, tidak menyangkal kebaikan alat itu kepada hampir sesiapa sahaja. Malah, kanak-kanak berusia tujuh tahun dapat menguasai teknik pembelajaran yang meluas.

Dalam satu kelas percubaan yang dihadiri 40 kanak-kanak berusia tujuh hingga 16 tahun, didapati ramai daripada mereka memberi respons yang positif. Di sebuah papan putih, terpampang sedozen kertas A4 dengan peta minda yang dilukis secara kreatif oleh kanak-kanak itu.

"Pada hari ketiga, kami memberi satu artikel dan meminta mereka mengekstrak perkataan atau fakta penting. Dari situ, lahirlah hasil yang menakjubkan," jelas Tiew sambil menunjukkan hasil kerja Patrick Wong, 10, tentang habitat cicak.

Biarpun produk ini agak baru di Malaysia, dipercayai kira-kira 250 juta orang di lebih 150 buah negara di dunia mengaplikasikan iMindMap dalam kehidupan seharian. Ia juga diterjemahkan ke dalam 30 bahasa.

iMindMap hakikatnya memaksimumkan penggunaan kedua-dua bahagian otak di sebelah kanan dan kiri. Biasanya, bahagian kiri otak merangkumi kebolehan untuk menelaah perkataan, nombor, garisan, senarai, logik dan menganalisis. Bahagian kanan otak pula dikaitkan dengan ritma atau muzik, warna, bentuk, peta, kreativiti dan berkhayal (bermimpi pada siang hari).

Produk itu kini disasarkan ke sekolah, kolej dan universiti. Dalam pada itu, Buzan Malaysia akan menganjurkan persidangan dua hari untuk golongan pengajar dan ibu bapa. Mereka yang berminat boleh menyertainya dengan mendaftarkan diri. Maklumat lanjut seperti berikut:

Tarikh: 4 - 5 Mei 2009

Masa: 9 hingga 5 petang

Tempat: Holiday Inn, Glenmarie,

Shah Alam

Penceramah: Tony Buzan (4 Mei) dan

Henry Toi (5 Mei)

Harga Tiket: RM990 untuk dua hari

termasuk makan tengah hari dan

minum petang. Diskaun secara

berkumpulan juga ditawarkan.

* Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 012-668 1928 atau 012-328 1262 atau e-mel ke events@buzanmalaysia.com.

Sabtu, 25 April 2009

MANFAAT MEMBACA


Manfaat membaca
Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my


SATU ketika Syeikh Abdul Kadir Jailani mendengar suatu suara mengaku sebagai Tuhan serta menyatakan beliau mencapai taraf kedudukan yang tinggi di sisi Tuhannya.

SATU ketika Syeikh Abdul Kadir Jailani mendengar suatu suara mengaku sebagai Tuhan serta menyatakan beliau mencapai taraf kedudukan yang tinggi di sisi Tuhannya.

“Wahai Abdul Kadir, aku adalah Tuhanmu. Engkau sudah mencapai darjat kekasihku. Mulai hari ini, aku halalkan bagimu apa yang aku haramkan atas hamba-hambaku.”

Mendengar seruan itu, tahulah Syeikh Abdul Kadir yang ia adalah suara syaitan cuba memperdayakannya. “Celakalah kau syaitan! Sesungguhnya Tuhanku tidak akan menghalalkan apa yang sudah diharamkan-Nya.”

Syaitan tidak berputus asa, lalu ia berkata lagi: “Sudah ramai wali Allah yang berjaya aku sesatkan dengan helahku, tetapi engkau sudah selamat dari tipuanku kerana ilmumu tinggi.”

Balas Syeikh Abdul Kadir: “Celakalah engkau, bukan ilmuku yang menyelamatkan aku dari sebarang tipu dayamu, tetapi rahmat Allah jualah yang dapat menyelamatkan aku.”

Demikianlah secebis kisah orang berilmu, tidak sedikitpun terpedaya dengan umpanan syaitan. Berbeza dengan orang jahil yang mudah tewas dengan pujuk rayu makhluk terkutuk itu.

Wujud perbezaan ketara di antara orang berilmu dan jahil. Orang berilmu lebih mulia peribadi dan kedudukannya, bahkan dalam ibadat tinggi kualitinya, manakala kehidupannya pula lebih berhati-berhati, tetapi tidak pada orang jahil.

Ini sebagaimana ditegaskan dalam firman Allah, ayat 9 surah az-Zumar, antara lain bermaksud: “Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?

Setiap orang memiliki potensi untuk meraih ilmu dan mengembangkannya dengan izin Allah. Oleh itu, kita diperintahkan untuk menempuh jalan melalui pelbagai cara untuk memperolehnya khususnya dengan membaca.

Membaca juga perintah pertama yang disampaikan malaikat Jibril kepada Rasulullah.

“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah. Tuhanmu adalah Maha Mulia, yang mengajarkan manusia menulis dengan pena. Mengajarkan manusia apa saja yang tidak diketahui.” (al-Alaq: 1-5)

Menurut Dr Gamal Zakaria dalam bukunya berjudul Jalan Menuju Kedamaian, membaca adalah perintah yang paling penting dan paling bermakna ditujukan kepada seluruh umat manusia.

“Kenapa perintah pertama mesti membaca? Betapa pentingnya membaca, Allah s.w.t menurunkan perintah terbabit pada wahyu pertama dengan mengulangi kalimah iqra’ sebanyak dua kali,” katanya.

Beliau berkata, pada ayat terbabit, Allah s.w.t menjanjikan kepada sesiapa yang membaca kerana Allah akan dikurniakan kepadanya anugerah ilmu, pemahaman dan wawasan baru, walaupun objeknya sama.

“Janji Allah dapat dibuktikan dengan sangat jelas dan pasti, ketika kita membaca ayat al-Quran.

“Semakin banyak dan berulang kali kita membacanya, akan muncul penafsiran baru, pengembangan pendapat terdahulu dan keajaiban walaupun membaca ayat yang sama.

“Begitu juga halnya ketika ahli pengkaji membaca alam jagat raya melalui fenomena dan kejadiannya, akan lahirlah penemuan dan teori baru,” katanya.

Kita mendapati orang yang berilmu tabiatnya suka membaca.

Membaca membekalkan ilmu dan keperluan utama untuk membangunkan sebuah peradaban dan bangsa yang maju.

Dr Gamal berkata, semakin mantap dan bermutu bacaan sesuatu bangsa, semakin tinggi peradabannya.

“Hal ini dibuktikan oleh bangsa yang maju dan memiliki peradaban yang tinggi. Mereka adalah bangsa yang rajin membaca buku berkualiti dan menjadikan budaya membaca sebahagian daripada keperluan hidup mereka.

“Bertitik tolak daripada budaya membaca ini lahir karya agung dalam berbagai-bagai bidang.

“Namun ironinya, masyarakat kita pada hari ini adalah masyarakat yang malas membaca termasuk warga kampus.

“Pensyarah dan mahasiswa jarang mengunjungi perpustakaan sehingga masih banyak buku yang belum terjamah.

“Masyarakat kita gemar membaca bahan yang bercorak hiburan, sukan dan hobi berbanding buku ilmiah,” katanya.

Bahkan tidak mustahil juga dengan tabiat malas membaca, menyebabkan semakin ramai orang yang jahil lagi bodoh, sehingga orang ini mengambil tempat dalam masyarakat dan negara, mengakibatkan semuanya punah.

Maksud sabda Nabi s.a.w berikut wajar direnungi: “Allah tidak menarik kembali pengetahuan dengan jalan mencabutnya dari hati manusia, tetapi dengan jalan mematikan orang yang berilmu. Apabila orang berpengetahuan sudah punah, masyarakat mengangkat orang bodoh menjadi pemimpin dan tempat bertanya. Orang ini akan berfatwa tanpa ilmu, mereka itu sesat dan menyesatkan.”

Isnin, 20 April 2009


Kesabaran Yong berbaloi


IMPIAN Yong Azua yang ditulis pada sekeping kertas dan dilekatkan di dinding biliknya di Kuarters JKR, Jerantut, Pahang.

--------------------------------------------------------------------------------



YONG AZUA memeluk ibu kesayangan, Rosni Abdullah.

--------------------------------------------------------------------------------



HATI ibu mana yang tidak sejuk melihat anak yang dikandungnya selama sembilan bulan 10 hari kini membesar sihat dan berjaya dalam kehidupan.

Itulah gambaran awal yang diberi oleh Rosni Abdullah, 43, tatkala bercerita tentang anak keduanya, Yong Azua Mat, 23.

Yong merupakan satu-satunya anak Rosni (setakat hari ini) yang berjaya menjejak kaki ke menara gading. Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Melaka yang menyaksikan kecekalan dan kesabaran anak gadisnya menjalani kehidupan kampus yang begitu mencabar bagi orang miskin sepertinya.

Namun hari ini, kesemua pengorbanan tersebut berbaloi apabila segala penat lelah dan kepayahan Yong mengharungi kehidupan kampus yang memeritkan berbalas juga akhirnya.

Pada hari ini, Yong memulakan hari pertama sebagai eksekutif perakaunan di Touch Matrix Sdn. Bhd., Kuantan, Pahang manakala pada Jun ini pula, Yong akan naik ke pentas untuk menerima segulung Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kewangan UiTM.

"Insya-Allah, saya akan datang ke majlis konvokesyen Yong. Masa dia (Yong) terima diploma dahulu, saya tak datang sebab tak cukup duit,'' dedah Rosni yang ceria tatkala bercerita tentang anak keduanya itu.

Yong ketika diajak berkongsi kisah kemiskinan keluarga pada mulanya agak berat mulut untuk bercerita.

"Tak apalah...dah keluar dalam Kosmo!...dalam TV,'' katanya.

Namun setelah dipujuk, barulah Yong rancak bercerita.

"Sepanjang di kampus, saya tidak pernah bercerita dengan kawan-kawan tentang kehidupan di kampung. Saya malu..., Lebih baik mereka (kawan-kawan) tak tahu. Kalau tahu...banyak pula yang akan menyoal itu dan ini,'' kata Yong.

Berikutan kesempitan hidup, Yong lebih banyak menghabiskan masa di bilik asrama untuk mengulang kaji pelajaran dan melayari Internet bagi menambah pengetahuan berkaitan bidang pengajiannya.

Apa cerita yang paling tak dapat dilupakan ketika di kampus?

"Banyak...tapi paling tak boleh saya lupa adalah ketika saya terpaksa ikat perut untuk menjimatkan belanja.

"Di kampus, makan Maggie memang biasa. Tetapi saya terpaksa kerat empat sebungkus Maggie dan makan satu bahagian sahaja. Yang lain simpan untuk hari esok. Kalau lapar, makan biskut kering sahaja,'' ceritanya tanpa berselindung.

Begitu juga dalam bab menyediakan yuran pendaftaran sebagai pelajar baru sebanyak RM1,200.

"Itu juga sukar dilupakan dan membuatkan saya hampir-hampir putus asa. Mana nak cari duit sebanyak itu, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) baru nak mohon. Terpaksalah minta ayah sediakan juga dan pinjam daripada kawan-kawan,'' katanya yang terpaksa menebalkan muka untuk meminjam wang tersebut.

Berkat kesabaran dan kesungguhan Yong mengikuti pengajian, dia bukan sekadar lulus biasa tetapi muncul sebagai pelajar cemerlang dan pernah dua kali menerima Anugerah Dekan kerana cemerlang dalam peperiksaan semester.

"Alhamdulillah, saya sudahpun dapat kerja. Ada empat impian yang akan saya tunaikan iaitu bantu adik-adik belajar, kumpul duit untuk beli rumah ibu dan ayah, beli kereta dan hantar ibu bapa ke tanah suci Mekah. Semua itu, saya buat untuk keluarga. Tentang diri saya, ...nantilah dulu,'' ujarnya mengakhiri perbualan.

Pada satu perkembangan lain, Setiausaha Jawatankuasa Kerja (JKK) Kampung Sepial, Jerantut, Pahang, Halimi Musa berkata, pihaknya mahu membetulkan fakta bahawa kampung tempat tinggal Rosni bukanlah Kampung Sepial.

Menurutnya, Rosni tinggal di Kuala Tembeling yang berdekatan dengan Kampung Sepial. "Sebab itulah, saya tidak tahu tentang kehidupan beliau sekeluarga yang begitu miskin sehingga terpaksa berpindah ke dalam hutan.

"Ini kerana, selaku Setiausaha JKK Kampung Sepial, saya sentiasa mengemas kini data dan profil penduduk kampung termasuk keluarga miskin, ibu tunggal dan anak-anak yatim dari semasa ke semasa untuk diserahkan kepada Penghulu bagi tindakan lanjut.

"Statistik terkini menunjukkan terdapat 12 ibu tunggal dan tiga anak-anak yatim di Kampung Sepial. Jumlah itu tidak termasuk keluarga Rosni kerana dia tidak tinggal di kampung kami,'' ujarnya membetulkan kenyataan yang disiarkan oleh media bahawa Rosni tinggal di Kampung Sepial sebelum berpindah ke dalam hutan.

Menjelaskan perkara tersebut, Halimi berkata, laporan akhbar Kosmo! bertarikh 2 Mac 2009 di muka hadapan yang menyebut bahawa Rosni tinggal di Kampung Sepial telah mendorongnya keluar mencari ibu tunggal itu.

"Bila baca Kosmo!, saya terkejut kerana setahu saya, tidak ada ibu tunggal bernama Rosni menetap di Kampung Sepial. Sungguhpun begitu, saya tetap mencarinya atas dasar kemanusiaan,'' ujarnya.

Menurutnya, pencarian itu menemukannya dengan Rosni di pondok yang didirikan di tanah milik KTMB di dalam hutan tersebut.

"Apabila diperiksa, tanah itu terletak di dalam kawasan Mela, Kuala Lipis dan bukan lagi daerah Jerantut seperti yang dilaporkan. Apabila ini berlaku, saya terpaksa merujuk kes beliau ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Lipis,'' jelasnya.

Mengulas kelewatan bantuan kewangan sebanyak RM450 sebulan yang sepatutnya diterima Rosni pada awal bulan ini, Halimi berkata, ia mungkin berlaku kerana pejabat JKM di Kuala Lipis perlu memindahkan fail Rosni ke pejabat JKM Jerantut.

"Memandangkan Rosni kini tinggal di Kuarters JKR, Batu 1, Jerantut, maka segala urusan pembayaran akan diuruskan oleh JKM Jerantut. Mungkin sebab itulah, beliau masih belum menerima bantuan tersebut,'' ujarnya.

Halimi mengakui memang terdapat beberapa keluarga miskin di kampungnya tetapi tidaklah semiskin keluarga Rosni.

"Kemiskinan Rosni adalah kerana suaminya tidak mempunyai pekerjaan tetap, selain mempunyai anak yang ramai. Saya difahamkan, beliau hanya memelihara anak bongsunya di rumah ibunya di Felda Sungai Tekam Utara manakala anak-anak lain dijaga oleh bekas suami. Sebab itulah, beliau hanya layak menerima bantuan JKM sebanyak RM70 sebulan kerana hanya menjaga seorang anak.

"Tetapi memandangkan kini, kesemua anak-anaknya di bawah jagaannya di Kuarters JKR Jerantut, maka JKM telah meluluskan bantuan kewangan sebanyak RM450 sebulan,'' katanya yang berharap Rosni bersabar menunggu bantuan yang telah dijanjikan. - ROHANA MAN

Sabtu, 21 Mac 2009

BELAJAR SECARA BERTERUSAN

Belajar secara berterusan
Seronok Belajar Oleh Dr Ismail Zain

RASA bimbang, takut, kurang yakin serta tidak memahami pelajaran adalah akibat kurangnya tindakan secara berterusan dalam proses mengulang kaji pelajaran.

Kebiasaannya bagi murid yang tidak menduduki peperiksaan awam, tindakan mengulang kaji pelajaran dilakukan sambil lewa sahaja. Ramai murid yang tidak mempunyai jadual waktu belajar secara khusus. Belajar hanya dilakukan mengikut “mood” atau untuk tujuan menduduki ujian semata-mata. Oleh itu terdapat banyak topik yang tertinggal tanpa diberi perhatian. Murid-murid akan merasai kesannya apabila tiban musim peperiksaan di mana pelbagai permasalahan dalam pelajaran akan ditempuhi oleh mereka akibat daripada kelalaian mereka mengulang kaji di peringkat awal.

Bagi murid tahun empat atau lima situasi seperti ini harus dihindari. Tindakan harus dilakukan segera terutama di akhir-akhir tahun atau pada masa cuti panjang persekolahan. Di antara langkah belajar secara berterusan adalah seperti berikut:

• Persediaan jadual waktu belajar: Belajar secara berterusan memerlukan seseorang murid merangka jadual waktu belajar sendiri. Jadual belajar bertindak mendisplinkan diri serta mampu memperhitung dan memperuntukkan waktu dalam menentukan tindakan yang harus diberi keutamaan. Jadual belajar juga mampu memberi satu gambaran penggunaan masa dalam jangka masa tertentu di samping menetapkan hala tuju dalam kehidupan seharian.

• Tugasan rumah: Tugasan yang diberikan oleh guru untuk dilakukan oleh murid-murid merupakan tindakan susulan pelajaran di sekolah bertujuan untuk memperlengkapkan keseluruhan proses belajar. Ia juga boleh dianggap sebagai satu bentuk alat pengukur untuk mempastikan sama ada hasilan pembelajaran yang ditetapkan oleh guru pada satu-satu topik itu dapat dicapai ataupun tidak. Perkara ini harus diberi perhatian yang serius kerana kegagalan pelajar melengkapkannya akan memberikan maklum balas yang salah kepada guru dan itu akan menggugat perancangan guru selanjutnya. Proses pemulihan dan pengayaan mungkin tidak dapat dijalankan dengan berkesan. Oleh itu ia akan merugikan murid-murid sendiri.

• Perbincangan dan rujukan: Perbincangan dengan rakan-rakan dari semasa ke semasa serta rujukan di pusat sumber secara berterusan mampu mengekalkan daya ingatan terhadap pelajaran. Rujukan bukan hanya terbatas pada pusat sumber sahaja tetapi boleh juga dilakukan secara tidak formal seperti lawatan, menonton rancangan bercorak pendidikan atau menghadiri majlis ilmu seperti ceramah, bengkel motivasi atau menyertai pertandingan anjuran badan-badan tertentu.

Bersesuaian dengan konsep “Belajar Sepanjang Hayat” maka murid-murid haruslah mengamalkan proses belajar secara berterusan agar ia dapat dijadikan satu tabiat yang boleh menyeronokkan kita ketika belajar.

Jumaat, 13 Mac 2009

Kesempitan hidup bukan penghalang kejayaan

Seronok Belajar Oleh Dr Ismail Zain





RAMAI yang beranggapan bahawa kejayaan akan terhalang akhibat daripada kesempitan hidup. Kebiasaannya kesempitan hidup dikaitkan dengan kemiskinan atau kurang keupayaan. Oleh itu tidak hairanlah jika seseorang murid memberi sebab kemiskinan sebagai alasan apabila gagal atau tidak dapat meneruskan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Sebenarnya kejayaan atau kegagalan seseorang murid itu tidak semestinya berpunca daripada kesempitan hidup. Malah ramai murid-murid yang berjaya dengan cemerlang datangnya dari golongan yang berpendapatan rendah. Ada juga murid-murid yang berjaya ini mempunyai latar belakang perpecahan kekeluargaan. Terdapat juga di antara mereka yang terdiri daripada golongan orang kurang upaya (OKU). Sebagai contoh ada pelajar yang cacat anggota badan iaitu tiada kaki dan tangan tetapi berjaya mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Oleh yang demikian janganlah kesempitan hidup ini dijadikan alasan atau penghalang ke arah kejayaan malah ia harus dijadikan perangsang untuk terus berusaha dengan lebih gigih lagi dengan mengamalkan tanggapan yang lebih positif seperti berikut:-

• Cabaran: Anggaplah kesempitan hidup itu sebagai satu cabaran. Cabaran bermaksud satu situasi atau kesukaran yang dihadapi bertujuan untuk menguji kebolehan kita untuk bertindak. Jika kita bertindak secara positif iaitu sanggup bersusah payah serta berusaha dengan gigih maka hasilnya juga akan memberi kebaikan iaitu kejayaan. Sebaliknya jika kita bertindak secara negatif dengan hanya menyerah pada nasib sahaja tanpa membuat sesuatu tindakan, maka sudah tentulah kegagalan akan kita temui.

• Kesabaran: Kesabaran itu adalah keimanan. Kejayaan tidak boleh dicapai secara sekelip mata. Kita harus bersabar dan menggunakan masa sebanyak mungkin untuk mencapai kejayaan. Sesungguhnya kehidupan ini merupakan satu kitaran. Kita tidak semestinya berada di bawah sepanjang masa. Insya-Allah pada satu masa nanti berkat kesabaran yang diamalkan kita juga akan berjaya berada di atas iaitu mampu menikmati kebahagiaan dan kejayaan seperti orang lain. Hanya masa menentukannya.

• Ketakwaaan: Seseorang yang bertakwa mampu mengawal diri daripada sifat-sifat yang keji seperti malas belajar, cepat berputus asa, bosan, tidak bersemangat serta berkelakuan biadap terhadap rakan, guru dan ibu bapa. Oleh itu perbetulkan sikap dan sifat yang ada pada diri kita. Bersyukurlah kepada Allah kerana selama ini kita masih mampu hidup di dunia ini.

Semoga usaha yang gigih, semangat yang kental serta jiwa yang murni mampu mengatasi segala kesempitan hidup ke arah mencapai kejayaan.

Jumaat, 6 Mac 2009

PELAJAR BIJAK

Pelajar Bijak
Oleh Dr. Ismail Zain

Ramai dalam kalangan pelajar yang cuba membanding-bandingkan tahap pencapaian antara mereka. Dalam keadaan ini apabila prestasi seseorang itu tinggi, ia dianggap sebagai seorang pelajar yang "pandai", dan jika prestasi seseorang itu rendah ia dianggap sebagai seorang pelajar yang "bodoh".

Sebenarnya dalam proses pembelajaran tidak ada siapa yang dianggap "pandai" atau "bodoh". Seseorang pelajar yang menganggapkan dirinya pandai akan berakhir dengan sikap yang angkuh serta tidak mahu bekerjasama dengan pelajar lain. Pelajar ini juga sering kali enggan menghadiri kelas tambahan dengan alasan mereka sudah memahami topik pembelajaran tersebut.

Begitu juga dengan pelajar yang menganggapkan diri mereka "bodoh" berakhir dengan perasaan rendah diri serta tidak mampu bersaing dengan pelajar lain. Mereka juga sering ponteng dalam kelas-kelas tambahan dengan alasan mereka tidak mampu belajar dan menganggapkan pelajaran itu amat susah untuk difahami.

Dalam hal ini kita harus menjadi seorang pelajar yang "bijak". Pelajar bijak akan menggunakan setiap peluang yang ada untuk membaiki diri. Walaupun mereka sudah memahami pelajaran yang diajar oleh guru tetapi sanggup datang semula ke kelas-kelas tambahan, bertanya dengan guru, mencari bahan di pusat sumber serta berbincang dengan rakan-rakan dengan harapan prestasi yang baik itu dapat dikekalkan.

Bagi pelajar yang prestasinya rendah tetapi bijak akan sentiasa berfikiran positif. Mereka tidak berputus asa malah berusaha dengan sepenuh jiwa untuk menghadiri sebarang kelas tambahan atau sanggup mencari pelbagai bahan untuk dijadikan rujukan ke arah membuat penambahbaikan diri.

Sebagai semakan pelajar bijak mempunyai ciri-ciri diri seperti berikut:

• Percaya kepada kebolehan diri yang dianugerahkan Allah. Walaupun Allah menentukan segala-galanya tetapi manusia harus merancang. Kita dilahirkan bukan untuk gagal tetapi untuk berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Untuk berjaya usaha harus dilakukan secara sepenuhnya dengan menggunakan kebolehan diri yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita.

• Tidak menyalahkan sesiapa dalam sesuatu situasi. Tuduh menuduh atau salah menyalahi antara satu sama lain tidak dapat menyelesaikan masalah. Apa yang harus dilakukan ialah pelajar sendiri harus menerima hakikat sebenarnya, mencari jalan penyelesaian serta membuat penambahbaikan pada diri sendiri.

• Beranggapan bahawa setiap yang susah itu dapat diatasi dengan cara berusaha untuk mengatasinya. Kesusahan dan kesukaran itu ialah cabaran dalam kehidupan. Cabaran pula ialah pengalaman yang mampu mematangkan fikiran serta memperkasakan diri dalam proses mencapai kejayaan.

Justeru, setiap pelajar harus mempunyai sifat yang bijak ketika belajar. Kebijaksanaan mampu mengikis sifat yang negatif serta memupuk sifat jati diri di jiwa pelajar.

Jumaat, 27 Februari 2009

KETELUSAN JIWA KETIKA BELAJAR

Ketelusan jiwa ketika belajar
Seronok Belajar Oleh Dr Ismail Zain


Bertanya dan berbincang dengan guru untuk memahami subjek yang diajar di dalam bilik darjah.
--------------------------------------------------------------------------------


Kerapkali guru memperingatkan murid-murid supaya jangan "bermain-main" ketika belajar. "Bermain-main" ialah perbuatan yang dilakukan oleh murid-murid yang bertentangan dengan matlamat belajar seperti mengganggu rakan, bergurau-senda atau tidak memberi perhatian dalam kelas. Dengan lain perkataan peringatan ini diberikan kepada murid-murid agar mereka memberi perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran atau belajar dengan jiwa yang telus dan ikhlas.

Ketelusan jiwa ketika belajar amat diperlukan kerana ia ialah satu ibadah yang memerlukan tanggungjawab dan pengorbanan yang sepenuhnya daripada murid-murid. Di antara ciri-ciri ketelusan jiwa ialah seperti berikut:

• Tidak menipu diri sendiri

Ramai murid-murid yang menipu diri sendiri ketika belajar! Sebagai contoh apabila guru bertanya sama ada seseorang murid itu memahami pengajaran guru, ramai yang mengangguk kepala tetapi pada hakikatnya mereka masih tidak memahami atau masih dalam keadaan terkeliru. Inilah yang dikatakan menipu diri sendiri. Dalam hal ini muridlah yang rugi dan akhirnya mereka akan ketinggalan disebabkan suka menipu diri sendiri. Oleh itu murid-murid harus telus dan ikhlas ketika belajar. Jika tidak memahami sesuatu topik murid-murid seharusnya bertanya dengan guru untuk mendapat bimbingan tambahan.

• Memberi perhatian sepenuhnya terhadap pembelajaran.

Memberi perhatian sepenuhnya dalam kelas amat diperlukan ketika belajar. Ia bukan sahaja melibatkan mata, telinga dan anggota badan sahaja tetapi keseluruhan aspek termasuk minda dan jiwa. Minda seharusnya tertumpu kepada topik yang sedang dipelajari bukannya berada dalam keadaan khayalan. Manakala jiwa pula seharusnya bersemangat, berminat serta melibatkan sepenuhnya dalam sebarang aktiviti yang berlaku dalam proses pembelajaran tersebut.

• Persediaan diri

Untuk memastikan proses pembelajaran berlangsung dengan licin tanpa gangguan, murid-muris harus membuat persediaan diri terlebih awal. Sebagai contoh murid harus membawa segala peralatan yang diperlukan dalam mata pelajaran yang tertentu. Manakala buku teks, buku kerja atau buku nota harus dibawa bersama untuk gerakkerja aktiviti. Gagal untuk melakukannya bermakna murid-murid tidak membuat pesiapan diri dan ini akan menjejas proses pembelajaran.

Jika tiga perkara yang disebut di atas dapat dilakukan dengan sempurna, syabas! murid-murid sudah mempunyai ciri-ciri awal ketelusan jiwa dalam proses pembelajaran yang akan membawa kejayaan diri.

Aktiviti kumpulan:

Senaraikan peranan yang harus dimainkan oleh murid-murid agar perhatian dapat diberikan sepenuhnya ketika guru mengajar. Bincangkan bersama rakan-rakan dalam kumpulan.

Ahad, 22 Februari 2009

TEPUK DADA TANYA SELERA

Tepuk dada tanya selera!
Seronok Belajar Oleh Dr Ismail Zain

Kata-kata di atas menunjukkan diri kita sendiri bertanggungjawab terhadap apa yang diingini atau apa yang akan berlaku hasil daripada kehendak sendiri.

Kehendak seseorang itu kebiasaannya terlalu banyak tanpa sekatan. Jika kehendak berpihak kepada yang baik maka segala tindakan dan hasilnya nanti dapat memberi menfaat kepada diri. Sebaliknya jika kehendak itu berpihak kepada yang buruk, maka padahnya nanti akan mengecewakan diri sendiri.

Dalam hal ini disiplin diri adalah penting agar segala kehendak yang ada pada diri kita itu dapat dikawal dan akhirnya memberi keseronokan kepada diri terutamanya ketika belajar.

Disiplin diri merupakan satu situasi yang dikawal oleh diri sendiri ke arah mematuhi arahan atau peraturan. Sebagai contoh bagi murid-murid beragama Islam diwajib mengamalkan segala rukun yang terdapat dalam ajaran Islam seperti menunaikan solat serta amalan yang lain. Manakala di sekolah murid harus mematuhi peraturan sekolah seperti berpakaian seragam, berkasut serta berambut kemas.

Murid yang berdisiplin sentiasa berada dalam keadaan yang tenang kerana tidak ada masalah yang dihadapi dan tidak ada tindakan disiplin ke atas dirinya. Manakala murid yang tidak berdisiplin sentiasa berada dalam keadaan gelisah kerana pelbagai masalah dan tindakan berlaku pada dirinya. Justeru, murid seperti ini tidak mampu menumpukan pelajaran dengan baik malah ia lebih suka ponteng berbanding dengan murid yang berdisiplin yang sentiasa ceria dan seronok belajar. Akhirnya pelajar yang tidak berdisiplin akan gagal dalam peperiksaan bukan kerana ia bodoh tetapi dirinya sendiri diperbodohkan oleh tindakannya sendiri. Di sebaliknya murid yang berdisiplin akan mencapai kejayaan kerana keadaan yang tenang dan ceria itu memotivasikan dirinya untuk berusaha dengan lebih tekun untuk mencapai kejayaan.

Cara untuk mendisiplinkan diri:

Kawal keinginan: Jangan mengikut nafsu dan keinginan yang keterlaluan.

Contoh: Hadkan waktu bermain, jauhi daripada merosak harta benda sekolah seperti tandas, cermin tingkap dan sebagainya.

Eratkan perhubungan dengan rakan: Berkawan dengan semua murid tanpa mengira bangsa, agama atau taraf kedudukan..

Contoh: Jangan hanya berkawan mengikut kumpulan yang tertentu sahaja. Elakkan daripada rasa syak wasangka atau iri hati terhadap rakan. Sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni ketika berinteraksi dengan rakan seperti bersopan santun dan menghormati rakan. Jangan menghina atau merendahkan kedudukan rakan yang lain. Jangan berlagak sombong. Bantu rakan kita dengan ikhlas jika mereka memerlukan pertolongan semasa dalam kelas atau dalam aktiviti kokurikulum. Jangan memusuhi rakan-rakan kita.

Buat penjadualan: Penjadualan membantu diri kita merancang masa dengan baik dan mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Contoh: Buat jadual waktu untuk rumah dan juga rancang apa yang hendak dilakukan pada waktu yang terluang di sekolah seperti pada waktu rehat selepas makan, pada waktu pagi sebelum perhimpunan atau pada waktu pertukaran guru antara subjek. Kebiasannya waktu beginilah yang akan digunkan oleh murid untuk melakukan tindakan yang melanggari peraturan sekolah.

Sentiasa bertaqwa dan mengingati Allah: Apabila kita sentiasa bertaqwa dan mengingati Allah diri kita akan terpelihara daripada melakukan perkara-perkara yang tidak diingini. Contoh: mengerjakan solat secukupnya, membaca doa yang sesuai pada waktunya, membaca ayat-ayat suci Al-Quran, berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menghormati ibu bapa, guru, orang dewasa dan akan-rakan.

InsyaAllah dengan tindakan ini disiplin dapat dikekalkan pada diri kita tanpa paksaan tetapi di atas kehendak dan kesedaran diri sendiri.

Aplikasi pembelajaran kooperatif dan kolaboratif

Berpandukan petikan di atas, cadangkan bagaimana untuk mengamalkan nilai-nilai murni dan kesan kebaikannya terhadap murid-murid. Anda boleh merujuk bahan bercetak atau melayari Internet untuk mendapat isi-isi penting. Gunakan perisian yang sesuai untuk mencatat dan menyenaraikan isi-isi tersebut. Buat persembahan dalam kelas dan paparkan hasilan anda di papan pamer di kelas. Lakukan tugasan ini secara berkumpulan.

Sabtu, 14 Februari 2009

Panduan Meningkatkan Daya Ingatan

Amalkan Tidur Yang Cukup

1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan

Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati2 Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan

Sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yang seimbang atau rujuk dahulu doktor yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam

Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan

Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat

Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru

Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Permainan

Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

Banyak Membaca

Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

Katakan Berulang Kali

Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus

Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

Bermain Dengan Angka

Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka2 tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

Khamis, 5 Februari 2009

BELAJAR DEMI MASA DEPAN

Belajar demi masa depan

Oleh MOHD. FARID MD. ALIAS
fikrahremaja@yahoo.com

HH bosannya belajar! Hari-hari tengok buku, tengok cikgu. Kan seronok kalau hari-hari cuti.."

"Eh kau ni Din, kenapa tiba-tiba mengeluh ni? Tak baik tau. Cikgu kita bersungguh-sungguh mengajar supaya kita jadi pandai".

"Aku bukan apa Mat, ni haa.. sekolah dah nak mula balik lepas cuti seminggu. Liat pula rasanya nak belajar balik. Aku seronok la balik kampung pergi mengail dan menjala, hehe..."

"Mmm sebab tu rupanya.. Ok lah aku fahamlah perasaan kau tu dapat menikmati kehidupan di kampung, memang menarik. Tapi tak baik la kau cakap yang kau bosan belajar semata-mata kerana cuti sekolah dah habis.."

Bersyukur lahir di Malaysia

"Iskk..Ok, ok la aku minta maaf. Aku tak sengaja la Mat.."

"Din..Aku ni bukan apa, tapi aku rasa kita patut bersyukur pada Allah sangat-sangat sebab lahir di Malaysia ni. Makan minum kita melimpah ruah, pendidikan percuma pun dapat sampai ke peringkat menengah tau."

"Mmm..."

"Cuba kau bandingkan dengan nasib rakyat negara lain, umpamanya di Bangladesh, masih ramai yang hidup susah. Mereka yang sebaya dengan kita ada yang tidak dapat menikmati persekolahan kerana tiada kemudahan dan kemampuan."

"Sesetengah yang bersekolah, ada yang berhenti separuh jalan kerana perlu bekerja demi membantu keluarga. Yang kau ni Din, macam nak berhenti belajar lak sebab begitu teruja nak mengail..ish..ish.."

"Ehehe.. Jangan la cakap camtu kuat-kuat Mat, malu aku.. Tapi aku tak bermaksud nak berhenti belajar tau.. Err sambung lagi cerita kau tu Mat.."

"Kita perlu sedar, Din. Pendidikanlah sebagai jalan untuk kita mengubah nasib kehidupan kita. Dengan pergi ke sekolah, kita dapat menimba ilmu. Kalau kita tidak berpelajaran, entah bagaimana kita hendak melalui cabaran kehidupan moden hari ini."

"Tapi pendidikan bukan sekadar demi memenuhi keperluan material sahaja, malah pemikiran dan akhlak yang baik akan dapat terbentuk melalui proses pendidikan yang kita lalui."

"Waah..Hebat sekali kata-kata kau tu, Mat. Macam seorang profesor, tapi memang betul apa yang kau cakapkan tu. Kita ke sekolah ni bukan setakat nak belajar untuk lulus cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja tapi juga untuk membentuk keperibadian diri yang unggul berteraskan nilai-nilai kehidupan yang sejahtera, kan".

"Yaa..Kau memang bijak, Din. Dapat tangkap maksud sebenar ayat aku tadi. Bagi aku kau pun sebenarnya tajam pemikiran, tapi kalau orang lain tengok mesti mereka anggap kau jenis yang suka bermain-main.. Hehe.."

"Hehe.. Nak buat macam mana, Mat. Ni memang karekter aku sejak kecil. Tapi sebenarnya dalam hal-hal pelajaran aku tetap ambil berat. Walaupun kehidupan kita sekarang ini sudah senang, soal pelajaran ni memang penting supaya masing-masing jadi orang berguna kelak".

"Betul tu. Lagipun kita golongan remaja inilah yang bakal mewarisi negara kita kelak. Kalau tidak ada ilmu, kemahiran dan keterampilan yang berkualiti, macam mana kita nak terajui negara kita."

"Kita ni juga makin lama makin dewasa. Lama kelamaan tamatlah pengajian kita di sekolah menengah. Lepas tu kita perlu ada hala tuju baru pula. Insya-Allah peluang untuk sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi itu ada asalkan ada asas kelayakan seperti SPM beserta keputusan yang baik."

Ilmu di persekolahan memandu cita-cita

"..Tapi kalau ada yang berminat untuk terus bekerja, berniaga, atau menjadi usahawan, asas ilmu yang kita pelajari sejak sekolah rendah hingga ke sekolah menengah itu tetap penting untuk kita untuk berjaya dalam bidang yang kita ceburi..."

"...Umpamanya jika minat berniaga, ilmu Matematik yang kita pelajari membolehkan kita membuat perhitungan jual beli, untung baki dalam perniagaan kita. Ilmu agama yang kita pelajari dalam Pendidikan Islam pula menjadi panduan kepada kita agar kita menjadi peniaga yang jujur, amanah, ikhlas, adil serta menunaikan zakat."

"Dan buat kau pula, Din. Kalau kau memang berminat memancing dan nak jadikannya sebagai kerjaya, kau boleh menjadi usahawan ternakan ikan air tawar kelak. Tapi kau tetap akan perlukan ilmu asas seperti Matematik serta BM dan BI untuk berinteraksi dengan pelanggan kau."

"Hmm... Ye tak ye juga. Nampaknya ilmu yang kita pelajari di sekolah amat penting untuk masa depan. Memang rugi kalau tak menguasainya semasa di sekolah, lebih-lebih lagi kalau ponteng sekolah. Berlibur ke sana sini bukannya mendatangkan hasil, malah mungkin kita boleh terjebak ke dalam kegiatan yang tidak bermoral".

"Apabila kita bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu, hal ini juga dapat mendatangkan kegembiraan buat ibu bapa kita yang telah bersusah payah membesarkan kita selama ini. Bagi ibu bapa, kejayaan kita dalam pelajaran itu adalah sebenarnya untuk diri kita sendiri jua, dan mereka tumpang gembira atas kejayaan kita."

"Apatah lagi sekiranya kita turut berakhlak mulia serta menghormati ibu bapa. Hal ini insya-Allah mampu membawa keberkatan dalam hidup kita. Din, kau masih ada kedua-dua ibu bapa, aku harap kau hargailah pengorbanan mereka dengan berbakti kepada mereka. Aku ni hanya punyai nenek tercinta. Dengan dialah kasihku tercurah."

"Mat... bersabarlah ye... Insya-Allah aku sentiasa akan berbakti buat kedua-dua ibu bapaku. Buat kau, semoga amal perbuatan kau sentiasa dapat mendatangkan kegembiraan buat nenek. Perjuangan kita dalam pelajaran ini bukan sahaja untuk diri kita dan keluarga, tetapi juga demi umat Islam, bangsa dan negara."

"Aku turut sedih melihat nasib umat Islam masa kini. Ada yang ditindas dan diserang. Pada masa yang sama ada juga yang hanyut jauh daripada panduan hidup sebagai Muslim. Lumba haram, dadah, mabuk, pergaulan bebas.. Yang peliknya statistik menunjukkan ramai yang terlibat adalah di kalangan umat kita sendiri."

"Itulah yang aku turut risaukan. Entah bagaimana nasib umat kita nanti kalau kita tidak menyumbang untuk memperbaiki keadaan. Aku harap aku dapat melakukan sesuatu untuk membangunkan umat. Tapi buat masa ini, aku rasa perjuangan kita untuk cemerlang dalam pelajaran sekarang ini adalah cara terbaik yang mampu kita lakukan."

"Betul tu, Mat. Iyeaahh! Sekarang aku rasa lebih bersemangat untuk menghadapi pelajaran! Terima kasih buat kau ye atas kata-kata perangsang kau tadi."

"Sama-sama. Terima kasih atas pandangan kau juga. Semoga kita berjaya dalam pelajaran kelak. Mmm, tapi ada satu perkara yang kau kena lakukan, atas keterlanjuran keluhan bosan kau mula-mula tadi, nampaknya kau perlu meminta maaf kepada semua cikgu di sekolah kita hehe..."

"Erkk.. Begitu ke.. Adeihh!"

SUMBER:UTUSAN

Sabtu, 24 Januari 2009

Tips Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Makan Hati, Sedih dan Kecewa

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.

Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.

Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal

3. Belajar Rajin Bersyukur.

Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran

Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda mahukan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

Selasa, 20 Januari 2009

TIPS MURID SUKSES

1. Usahakan untuk masuk sekolah setiap hari.

Kadang kita merasa malas untuk bangun pagi, apalagi kalau di hari Senin. Aduh, rasanya masih mengantuk sekali. Akhirnya kita berpikir untuk mencari alasan agar tidak masuk sekolah. Untuk mengejar ketinggalan, kalian meminjam catatan dari temanmu. Eit, tunggu dulu, dengan meminjam catatan dari teman bukan berarti kalian dapat mengerti apa yang diajarkan oleh bapak dan ibu guru di sekolah lho. Pada saat temanmu menulis catatan tersebut, dia menuliskan apa yang dianggap perlu olehnya. Nah, bagaimana kalau ternyata ada hal penting lain yang tidak tercatat olehnya? Wah, bisa-bisa saat ditanyakan di ulangan, kita tidak dapat menjawabnya.

2. Mulailah masuk ke kelas dengan perasaan terbuka.

Kalian pasti bertanya-tanya, apa sih maksud dari kalimat diatas? Kita sering merasakan kita menyukai kelas yang satu sedangkan ada juga kelas yang tidak kita sukai. Entah itu karenanya gurunya galak, tidak dapat menerangkan dengan baik atau bahan yang diajarkan tidak menarik. Karena alasan itulah akhirnya kita sering ogah-ogahan untuk mengikuti kelas tersebut dengan baik. Wah, kalau kita merasa begini terus, bisa-bisa kita tidak dapat nilai bagus di buku rapor. Agar, nilai di rapor tetap memuaskan cobalah untuk tidak langsung men-cap kelas tersebut tidak menyenangkan. Dengarkan apa yang diajarkan oleh guru tersebut, lalu resapi pelajaran yang diajarkan hingga kalian mengerti. Kalau ada yang kurang jelas, cobalah untuk bertanya kepada guru tersebut. Ingat, bahwa semua guru menginginkan agar muridnya pintar dan beliau tidak akan lelah untuk mengajari hingga kalian mengerti. Dengan begitu, selain kamu mengerti pelajaran yang diajarkan, kalian juga menciptakan hubungan yang baik dengan guru kalian.

3. Selalu siap sebelum masuk kelas.

Untuk memastikan bahwa pelajaran yang diajarkan dimengerti oleh para muridnya, guru sering memberikan latihan untuk di rumah atau yang kita sebut dengan pekerjaan rumah (PR). Biasakan untuk menyelesaikan dan mengumpulkan PR tersebut di saat yang ditentukan. Apabila kalian kesulitan menyelesaikan tugas tersebut, kalian dapat meminta bantuan dari ayah, ibu, kakak, teman sekelas atau bahkan dari guru mata pelajaran tersebut. Begitu juga dengan tugas-tugas lain seperti prakarya atau kerajinan tangan. Cobalah untuk mengumpulkan tepat pada waktunya. Dengan demikian, nilai yang kalian dapatkan utuh dan tidak dipotong karena terlambat mengumpulkan.

4. Ikuti bimbingan belajar.

Kalian atau bahkan teman kalian pasti ada yang pernah ikut bimbingan belajar bukan? Bimbingan belajar dapat membantu kalian untuk lebih memperdalam pelajaran yang diajarkan di sekolah. Banyak bimbingan-bimbingan belajar yang dapat kalian ikuti. Pastikan sebelum mendaftar, bimbingan belajar yang kalian pilih merupakan bimbingan belajar yang baik. Coba tanyakan dengan teman kalian, bimbingan belajar apa yang diikutinya dan apakah itu membantunya untuk mengerti pelajaran di sekolah.

Jumaat, 16 Januari 2009

Mengantuk? Bagaimana hendak hilangkan rasa mengantuk? Persoalan ini sering dibincangkan oleh kawan-kawan sewaktu di universiti dahulu. Tujuannya adalah untuk stay-up, terutamanya apabila minggu peperiksaan menjelang tiba.

Bagi saya tiada cara yang paling sesuai untuk menghilangkan mengantuk kecuali tidur. Walaupun dengan meminum minuman seperti kopi, ia masih kurang sesuai kerana mungkin rasa mengantuk akan hilang tetapi belum tentu apa yang kita pelajari akan masuk ke dalam otak.

Stay up adalah satu cara yang dilakukan oleh ramai pelajar untuk belajar tanpa ganggu. Cuma ada diantaranya silap langkah dengan tidak tidur dahulu dan terus belajar. Biasa masa sebelum belajar digunakan untuk bersembang dengan rakan-rakan. Bila larut malam barulah mula bersiap untuk belajar. Bila badan sudah penat, baru hendak mula belajar. Untuk apa? Masuk ke? Dah penat baik tidur sahajalah.

Tetapi ada yang cuba bertahan dengan meminum kopi dan sebagainya. Dan ada yang berjaya berlajar sampai ke Subuh tetapi, masalahnya lepas Subuh terus tidur dan sepanjang minggu peperiksaan jadilah dia “kelawar”. Siang mengantuk malam berjaga

Cara yang sebaiknya adalah tidur dahulu selepas solah Isyak dan kemudian barulah bagun dan belajar, Insyaallah cara ini lebih baik kerana selepas tidur kita akan mempunyai tenaga baru yang akan digunakan untuk belajar. Belajar juga memerlukan tenaga

Rabu, 14 Januari 2009

10 TIPS BELAJAR DMFK

Tips Belajar oleh: Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah

Tip 1
Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.

Tip 2
Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar besar kemungkinan tidak berdisplin sepanjang hayat.

Tip 3
Semua orang ingin berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafu dan emosi.

Tip 4
Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan
atau praktikkan.

Tip 5
Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu ataupun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya
ingatan yang luar biasa.

Tip 6
Setiap hari carilah alasan untuk berubah secara positif.

Tip 7
Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.

Tip 8
Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.

Tip 9
Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.

Tip 10
Segala kehebatan sudah ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.

Khamis, 8 Januari 2009

7 Cara Cemerlangkan Otak

1)Positive mental attitude & positive physical action.

2)Air-clean air for the brain.

3)Mental Challenges for the brain.

4)"Food for the brain.

5)Exercise for the brain.

6)Sleep for the brain.

7)Meditation & power brain.

Selasa, 6 Januari 2009


KECEWA, sedih, hilang keyakinan dan malu antara perasaan yang pernah bersarang di hatinya ketika menuntut di Matrikulasi Gopeng, Perak. Sementelah rakan seperjuangan yang lain memperoleh mata peperiksaan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) melebihi purata 3.5, tetapi dia memperoleh sebaliknya.


Walaupun sudah memberikan tumpuan sepenuhnya di dalam kelas dan mengulangkaji pelajaran, keputusan peperiksaan Natriesha Md. Hashim tidak pernah berubah. Tetap berada di bawah paras purata 2.0. Ternyata situasi tersebut benar-benar membuat remaja 21 tahun ini berasa rendah diri dan hilang keyakinan.


Sampai bila dia harus menanggung kekecewaan itu? Setiap kali memikirkan nasibnya dan mengenangkan harapan ibu bapanya yang menggunung, anak kelahiran Kuala Lumpur ini pasti menitiskan air mata.


Tiba saja musim peperiksaan perasaannya menjadi tidak keruan. Tumpuan mengulangkaji pelajaran pun terganggu kerana memikirkan markah peperiksaan yang bakal diperoleh.


Aliran sains ternyata bukan minatnya. Enggan membuang masa, Natriesha mengambil keputusan menamatkan pengajian di matrikulasi dan mendaftarkan diri di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Rezeki berpihak kepadanya apabila dia diterima belajar di UiTM, Jengka, Pahang.
Namun, Natriesha atau mesra disapa Nat, sekali lagi berdepan dengan cabaran yang berat.


Keinginannya mendalami bidang pengajian bahasa Inggeris (TESL) tidak kesampaian, sebaliknya terpilih menuntut dalam jurusan Diploma Pengurusan Bank selama tiga tahun.


"Saya sedih apabila terpaksa belajar subjek yang tidak diminati kerana bimbang sejarah di matrikulasi berulang. Oleh itu, saya memohon pada pihak UiTM untuk menukar jurusan. Malangnya, saya perlu meneruskan pengajian selama satu semester dan permohonan akan diterima sekiranya mendapat keputusan peperiksaan yang baik.


"Mendengar syarat yang dikenakan, saya belajar bersungguh-sungguh supaya layak menukar jurusan yang disukai. Sepanjang menghadiri kuliah dan melakukan tugasan, hari demi hari saya mula mencintai bidang pengurusan bank. Rasa lebih teruja apabila berjaya mendapat markah yang terbaik dalam ujian bulanan," ujarnya yang berasa puas kerana pada peperiksaan semester pertama dia berjaya mendapat PNGK, 3.87.


Sejak itu, Nat melupakan hasratnya untuk menukar jurusan kerana dia yakin jurusan yang dipelajarinya kini mampu membawanya ke arah kejayaan dan kepuasan yang selama ini dicari-cari. Ini memandangkan setiap tahun PNGKnya tidak pernah kurang daripada purata 3.85.


Bagaimana dia boleh cemerlang dalam pelajaran? graduan yang gemar melibatkan diri dalam kerja kemasyarakatan ini mempraktikkan gaya pembelajaran yang tersendiri.


Selain duduk di barisan depan di dalam kelas, Nat juga kerap berbincang bersama tenaga pengajar mengenai topik yang tidak difahami dan membuat nota-nota kecil sebagai persediaan.


Tambahnya: "Saya lebih cenderung belajar pada saat akhir kerana ilmu mudah masuk ke dalam otak. Nota-nota kecil yang dibuat pada awal semester banyak membantu dan mempercepatkan proses menghafal.


"Bukan itu sahaja, kesihatan dan pemakanan juga perlu dititikberatkan kerana faktor ini turut memainkan peranan kita sebagai seorang pelajar. Elakkan makanan atau aktiviti kurang sihat yang boleh melemahkan otak."

Isnin, 5 Januari 2009

Menyesal kemudian tiada gunanya

Seronok Belajar Oleh Dr Ismail Zain

MUNGKIN ramai di antara anda yang kerap kali diberi peringatan bahawa menyesal kemudian tiada gunanya. Peringatan ini penting kerana setiap tindakan yang dilakukan pada masa ini memberi kesan yang mendalam pada masa akan datang.

Kadangkala sesuatu yang dilakukan itu tanpa disedari. Agak menyedihkan kerana apa yang dilakukan adalah sesuatu yang merugikan. Kesedaran hanya akan berlaku apabila perbuatan itu telah berlalu dan akhirnya segala kekesalan itu tidak lagi dapat membantu diri kita.

Sebagai seorang murid sekolah kita seringkali diingatkan supaya menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran tanpa melibatkan diri dengan perkara-perkara yang tidak diingini.

Terdapat segelintir murid yang tidak mengendahkan peringatan ini. Mereka mudah terlupa atau sengaja melakukan perkara-perkara tersebut untuk mencabar segala peringatan yang diberikan. Lantas mereka telah melanggar disiplin sekolah seperti ponteng sekolah, tidak mengikut arahan guru, merosak harta benda sekolah dan awam, melepak di tepi jalan atau di pasaraya, tidak menghabiskan tugasan yang diberikan oleh guru serta tidak menghormati guru.

Manakala di rumah pula nasihat ibu bapa tidak dipedulikan. Keadaan menjadi buruk apabila kedua-dua ibu bapa bekerja dan tidak mempunyai banyak masa untuk bersama-sama dengan mereka. Alasan ini dijadikan sebab kenapa mereka terbiar dan tidak mendapat bimbingan yang baik.

Semuanya ini hanyalah kerena mereka inginkan kebebasan serta keseronokan tanpa mempedulikan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar.

Kebiasaannya murid yang mempunyai sifat seperti ini tidak mampu berhadapan dengan pelajaran. Mereka kerap berasa bosan ketika belajar kerana fikiran mereka tertumpu ke arah hiburan dan keseronokan. Walaupun dikenakan paksaan, namun jiwa mereka masih keras dan tidak mudah untuk membuat perubahan diri.

Walau bagaimanapun perubahan hanya akan berlaku apabila seseorang itu menerima musibah. Ia mungkin berbentuk kegagalan dalam peperiksaan, kemalangan atau menghadapi kesempitan dalam kehidupan. Sebagai contoh seseorang murid akan menyesal apabila melihat rakan-rakan mereka berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan atau menerima padah seperti terlibat dalam kemalangan sama ada kemalangan jalan raya atau kerosakan harta benda sendiri.

Pada ketika itu barulah perasaan sedih, pilu dengan penuh kekesalan akan dirasai. Tetapi menyesal kemudian tiada gunanya terutamanya yang melibatkan nyawa serta harta benda.
Oleh itu sementara kita masih mempunyai ruang dan masa, marilah kita renungi tindakan yang sedang kita lakukan.

Jika kita seorang murid, pastikan kita menggunakan sepenuh masa untuk belajar terutamanya yang akan menduduki peperiksaan. Pastikan anda membuat persiapan yang rapi sebelum tibanya hari peperiksaan.

Jangan menunggu hingga ke saat-saat akhir untuk membuat ulang kaji. Perbuatan sia-sia itu haruslah dihentikan segera tanpa memberi apa-apa alasan yang hanya bertujuan untuk mempertahankan kebebasan diri.

Jangan biarkan masa yang terluang ini berlalu tanpa satu tindakan yang berfaedah.

Semoga segala peringatan yang diberikan oleh guru serta kedua ibu bapa diberi perhatian agar anda tidak akan menyesal di kemudian hari.

Jumaat, 2 Januari 2009

20 TIPS PENGURUSAN MASA

1)Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Amalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.


2)Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)


3)Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.


4)Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)


5)Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)


6)Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)


7)Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)


8)Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)


9)Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)


10)Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)


11)Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)


12)Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)


13)Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)


14)Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)


15)Masa sebelum pulang (Lewatkan pulang buat kerja rumah)


16)Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)


17)Masa berada dalam bas ( baca kad nota)


18)Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)


19)Masa rehat selepas makan malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)


20)Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)

PANDUAN BELAJAR




1)Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru.


2)Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.


3)Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru.


4)Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan.


5)Memahami apa yang dibaca.


6)Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran.


7)Menggunakan kaedah, simbol dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran.


8)Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan.


9)Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.


10)Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku,majalah, akhbar dan internet.


11)Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.


12)Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu.


13)Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea.


14)Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran.

BOY SI BUDAK BIJAK


PERIBAHASA HARI INI =)


KETAM MENGAJAR ANAKNYA BERJALAN LURUS


Orang yang bodoh cuba mengajar orang bodoh yang lain